Syarikat Kumpulan Hong Leong Malaysia, menerusi Yayasan Hong Leong menawarkan program biasiswa setiap tahun kepada para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma atau Ijazah dalam usaha untuk membantu masyarakat Malaysia merealisasikan bakat sepenuhnya melalui pendidikan.
Permohonan yang berjaya akan menerima bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke tahap Diploma / Ijazah di dalam jurusan yang berikutnya:
• IT, Komputer Sains & Multimedia Kreatif
• Perakaunan / Pengurusan & Kewangan
• Pengurusan Hotel
• Sains Aktuari
• Sains / Sains Gunaan
• Perniagaan
• Komunikasi Massa
• Undang-Undang |
| • Kejuruteraan – |
Aeronotikal & Keangkasawanan, Elektronik, Elektrikal, Komputer, Komunikasi, Mekanikal, Mekatronik, Kimia, Alam Persekitaran |
|
di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan IPTS (Swasta) yang diiktiraf oleh Kerajaan, Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR College), Asia Pacific Institute of Information Technology (APIIT), Taylor’s College, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Limkokwing University College of Creative Technology, Monash University (Kampus Malaysia) dan Universiti Multimedia.
|